Monday, September 28, 2009

Assalamualaikum... Bersyukur dengan nikmatNYA...

Assalamualaikum, selamat kembali ke UPSI... selepas seminggu cuti berhari raya, kini kembali semula ke UPSI dengan tugasan-tugasan yang mencabar... apa2pun, semoga berjaya untuk rakan-rakan seperjuangan... dan tak lupa... SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN...

Saturday, September 12, 2009

Assalamualaikum... makan, pasar malam, dan kad raya...


Harini saya berjalan-jalan di pasar malam... bukan berjalan-jalan je, tapi mhabiskan duit di tangan... apa yg di beli??? yong tau fu dan air jambu batu utk bbuka puasa... wah, saya sudah mula berdiet... tak lalu makan nasi.... boleh kurusla lepas ni... em, ingat nak beli kasut raya yg saya idamkan di pekan... masuk je kedai tu, dah takde... takkan dah abis... em, ralat jugalah, tapi, ada hikmahnya, dapat jimat duit... Alhamdulilah... em, dapat dilihat memang ramai betul budak upsi berada di pasar malam ni... dengan pasangan bcinta, ada dengan sahabat, ada dgn roomate... saya??? dengan housematela... kakak senior saya yg sorg ni... mudah utk dibawa ke mana2... kami berjalan2 di sekitar pekan... memang ramaila umat yg memenuhkan pekan tg malim arini... persiapan raya... meriahla... em, sampai di rumah, kakak senior saya terus masak macaroni goreng... baunya memang myelerakan... tapi, saya kenyang sgt... InsyaALLAH malam ni buka periukla kot... Oh, esok seawal jam lapan, saya kena pergi kampus utk pjumpaan Sekretariat Rukun Negara... em, sejak masuk ni, saya kenala bg komitmen utk Exco Kebajikan dan Kmasyarakatan... harap2 saya berjaya dengan aktiviti yg saya pilih ini... Oh, 5 hari lagi saya nak balik... tapi, ada asgment yg perlu dhantar Selasa ni... tp, masih belum dsentuh... mood raya n balik kampung bmain di minda saya... tiada apa nak dtulis sgt sbenarnya... tapi, nak tulis jugak... ha, esok malam saya akan tulis kad raya utk rakan, sahabat, n teman saya... :)

Wednesday, September 9, 2009




20 Ramadhan,... Hadith Harian Dari Jakim
Tajuk :
Sifat Lemah Lembut Mendatangkan Kebaikan
Hadith :

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Sesiapa yang dikurniakan sifat lemah lembut nescaya ia akan memperolehi kebaikan dalam semua hal.”



Riwayat Muslim

Huraian
1. Lemah-lembut adalah akhlak yang mulia yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T kepada hamba-nya. Oleh itu orang yang memiliki sifat lemah lembut adalah orang yang sangat beruntung.
2. Melatih diri untuk dapat memiliki sifat mulia ini dapat dimulakan dengan menahan diri apabila marah dan mempertimbangkan baik buruknya sesuatu perkara sebelum bertindak.
3. Orang yang lemah lembut melambangkan orang yang sentiasa sabar dan tenang (tidak tergesa-gesa). Namun sifat lemah lembut ini lebih baik diseiringkan dengan ketegasan agar seseorang itu tidak mudah dipermainkan atau diperbodohkan oleh orang lain.
4. Rasullullah s.a.w adalah contoh orang yang paling lemah-lembut dan paling baik dalam pergaulan. Sesiapa yang melihat baginda dari jauh akan berasa gentar tetapi sesiapa yang bercampur atau bergaul dengan baginda tentu akan menyayangi baginda disebabkan oleh sikap lemah lembut baginda itu.

Sunday, September 6, 2009

Assalamualaikum... Ada Hikmahnya... Ada Hikmahnya...


Em, sejak tahu buat blog, asyik rasa nak menulis je... sebenarnya ada hikmahnya, ada hikmahnya...

Hehe... sesuatu yang berlaku ada Hikmahnya... Baru2 ni adalah kawan saya kata "ada hikmahnya"... aduh, tertekan saya rasa... memang betul sesuatu yang berlaku ada hikmahnya... tapi, bagila semangat sikit... em...

Saya ada kisah rakyat nak di ceritakan kepada anda semua...

tersebut al kisah di Hujung kampung, di atas bukit, berhampiran belukar, melalui denai... tersergam sebuah Istana milik sang raja... Raja ini ada Memanda Menteri merangkap PA nya la... Kiranya Menterinya ni akan bagi nasihat aka penasihat kepada Raja ni... Menterinya seorang yang sentiasa bertawakal kepada ALLAH SWT...

1 hari tu, tapak kaki sang raja terluka dan berdarah. Ketika sang menteri menyaksikan itu, ia berkata,

Khair, khair (baik, baik). Tidak apa-apa, pasti ada hikmahnya.”

Raja tiba-tiba marah sekali dengan ucapan sang menteri. Dalam pandangan sang raja, menterinya itu seakan-akan tengah mengejeknya.

“Hikmah apa maksudmu? Lihat darahku mengalir begini, kebaikan apa yang kamu katakan tadi?” ujar sang raja berang.

Kesal dengan ucapan sang menteri, raja lalu menyuruh para pengawalnya untuk memenjarakan sang menteri. Namun betapa terkejutnya sang raja. Ketika menteri itu tahu kalau dia hendak dipenjara, dengan tenang ia berkata pada raja,

Khair, khair. Tidak apa-apa, insya Allah selalu ada hikmahnya.”

Sang menteri akhirnya di masukkan ke dalam penjara. Menteri itu hanya tersenyum simpul sambil melambaikan tangannya.

Ketika hari Jumat tiba, seperti biasa sang raja berburu ke hutan setelah melaksanakan Solat Jumat. Di dalam rimba nan lebat itu raja beristirahat sejenak sebelum melaksanakan perburuannya. Setelah beristirahat, ia dan rombongan nampak kebingungan ke arah mana mereka akan pulang. Tanpa ia ketahui sebelumnya, mereka bertemu sekumpulan suku pedalaman yang sedang menyembah patung.

Kebetulan mereka sedang mengadakan acara ritual persembahan kepada berhala mereka. Melihat orang yang tersesat dan tidak mereka kenal, orang-orang suku pedalaman itu bermaksud menjadikan raja sebagai korban persembahan dalam ritual mereka. Mereka pun bergegas menangkap raja untuk mereka jadikan kurban bagi berhala mereka.

Rombongan raja pun tertangkap. Raja telah dikurung . Dari luar kurungan mereka melihat kaki sang raja terluka. Disebabkan alasan itulah mereka membatalkan untuk menjadikan raja sebagai korban bagi patung yang mereka sembah. Menurut mereka, luka itu menandakan sang raja mempunyai penyakit sehingga tak layak untuk dipersembahkan sebagai korban bagi berhala mereka. Sang raja pun telah mereka bebaskan.

Sang raja teringat apa yang pernah dikatakan menterinya, “Khair, khair. Tidak apa-apa, insya ALLAH selalu ada hikmahnya!”

Raja itu pun pulang ke istana. Setibanya di istana ia menyuruh para pengawalnya membebaskan sang menteri. Setelah sang menteri berada di depan raja, ia pun menceritakan kejadian yang baru saja dialaminya di tengah hutan bersama suku pedalaman. Ia baru menyadari kalau ucapan sang menteri itu benar, bahawa dalam setiap musibah pasti ada hikmahnya.

Sesudah menceritakan apa yang dialaminya, ia kemudian bertanya kepada menterinya, “Lantas apa hikmah bagi anda masuk penjara?” ujar sang raja.

Sang menteri menjawab, “Saya adalah menteri yang selalu menyertai anda kemana saja anda pergi. Kalau saja saya tidak masuk penjara kemarin, pasti saya sedang berada di dalam hutan bersama anda. Ketika kita ditangkap, pasti mereka akan mempersembahkan saya sebagai korban dan pengganti Raja bagi berhala mereka, kerana saya tidak memiliki cacat atau luka sedikit pun di tubuh saya. Itulah hikmah kenapa masuk penjara lebih baik bagi saya.”

Sang raja berasa malu. Ia menyadari betapa keimanan dan keyakinan sang menteri telah membawa hatinya jauh menjelajahi samudera takdir ALLAH yang dibentangkan di muka bumi ini. Bahawa apa pun yang terjadi pada diri kita, kebaikan atau keburukan, pasti selalu saja ada hikmahnya.

Firman Allah SWT, “Bioleh jadi Anda membenci sesuatu yang justeru baik buat Anda” (2: 216).


Salam Ramadhan...

Demam sy masih ada... Petang ni bdn sy masih panas... suara pun serak lg... harap2 lepas ni baikla... InsyaALLAH... dalam keadaan tak larat ni, saya tetap ingin bkongsi pengalaman...

First,saya nak ucapkan setinggi phargaan pada Kolej Aminuddin Baki(kolej saya ler ni) kerana telah mgisi slot2 pelajar2 pada bulan Ramadhan yg mulia ini... Slot yg bg saya memang menarik... banyak perkara baru yg dikongsi oleh penceramah.

Slot pertama telah dikendalikan oleh Prof. Madya Dr Arif... seorang yang berkarisma, dan yang menariknya, walaupun beliau bergelar profesor, tapi dia telah membahasakan dirinya "cikgu". saya masih bersyukur kerana dalam dunia kini, masih ada yang baik hati sebegini... Slotnya berkisarkan tentang Al-Quran dan Sains... Sebelum ini, beliau banyak memberi ceramah kepada semua pelajar tidak kira pelajar Melayu, Cina dan India... Rata2 selepas mendengar ceramah yg disampaikannya, memberi respon yg positif dimana selepas mereka mendengar penjelasan "cikgu" mereka mempercayai dengan kewujudan dan kebesaran kitab suci umat Islam iaitu AL-QURAN... rata2nya adalah pelajar Cina dan India... Betapa hebat dan agungnya AL-QURAN...


Menurut "cikgu" lagi, daripada 114 Surah yang terdapat di dalam AL-QURAN, terdapat 54 Surah di mana ayatnya bernilai ganjil dan 60 surah adalah genap... dan ada lg maklumat yg "cikgu" telah sampaikan... tp, tak sempat sy salin... "cikgu" cakap terlalu cepat...


Ok, ini pula sebagai pengetahuan kita... Ramai paderi, profesor Matematik, Sains yang bergelumang dengan sains dan seorg yg tidak percaya agama(atheis) memeluk Islam selepas membaca AL-QURAN dan tafsir... Mereka membaca atas kehendak dalam diri mereka... Bukan dipaksa oleh org lain... Ya ALLAH, betapa agungnya kitab suci ini...

Namun begitu, ada yang telah memalsukan kitab AL-QURAN ini dgn memberi nama "the true furqan". Banyak dipasarkan di Kuwait dengan harga US$ 29. juga dikenali dgn nama the new american Quran... Penulis kitab palsu ini telah menjadikan surah di dalam kitab itu menjadi 77 surah...

Bayangkan bezanya Surah yagn terdapat di dalam Al-Quran dgn Kitab Palsu ini... Berdoalah semoga kita diperteguhkan IMAN dan sentiasa berpegang kepada Kitab Suci ini... InsyaALLAH...


Slot kedua pula, oleh seorang Ustaz ni... sekali pandang rupanya seperti arwah Ustaz Asri kumpulan Rabbani... Ramai yg menyatakan sebegitu.tajuk slotnya "Hikmah Kejadian Siang dan Malam".

Ceramahnya lebih santai, lawak, dan membuatkan saya sentiasa tersenyum dengan penyampaian ceramahnya... saya teringat kata2nya... " Setiap manusia dilahirkan bersama Nafsu, Kita lahir, dia turut lahir... Dan sekarang kita sudah besar, maka nafsu itu makin besar"...
di akhir penyampaiannya, dia ada menceritakan kisah seorang abgnya yang dulu bersekolah setakat darjah enam... Guru2 di sekolah Ustaz ni dulu pernah panggil ustaz ni dan mgatakan jgnla jd macam abgnya itu... Walaupun abangnya baru meninggal dunia baru2 ini, akademik tak seberapa, tetapi budi pekerti abgnya itu sangat baik...

Di dalam hati saya, macam arwah Ustaz Asri Rabani plak... tekaan saya tidak salah, rupanya tepat sekali bahawa penceramah ini merupakan adik kepada arwah... Banyak pengorbanan arwah yang masih ada sehingga kini... bak kata ustaz ini, di pagi Syawal nnt, kita dapat dengarkan takbir dr arwah Ustaz Asri di astro... Isteri dan keluarga arwah membenarkan rakaman tersebut dipertontonkan... sedih pun ada...


Ok, masa ceramah ini berlansung, ada rakaman video yg buat saya menangis... di bawah ini, saya cuba sertakan video utk tatapan pembaca...

Secara ringkasnya, ceramah ini tak membuatkan saya mengantuk, sebaliknya saya bersyukur kerana memperoleh ilmu baru... :)...



Video ni buat saya menangis... Saya rindukan mak ayah saya...

Saturday, September 5, 2009

Assalamualaikum... bila teringat...


Saya masih kurang sihat ketika ini... masih sakit tekak n keadaan pinggang saya agak sakit... Berbuka puasa dengan moi sup(nasi air). Alhamdulilah dapat habiskan... Saya harap keadaan saya kembali sihat lepas ni... InsyaALLAH...


Petang td, kakak ketiga saya yang berada di Sarawak telah berchating dgn saya... Saya sempat mempromote blog baru saya ni... Hehe... Tiba2 kakak saya membawa saya teringat kembali kepada kenangan lalu yang tak mungkin saya lupakan. Kakak saya bertanyakan mengenai blog arwah along saya... Saya tidak mahu tahu... tak mahu jerit hati kecil hati saya... Saya tak mahu sedih di kala berada tanpa family di tg malim ni... Tapi, kakak berikan alamat blog kpd saya apabila saya minta...


Ptg td saya sekadar menjengah blog tersebut, tetapi malam ini saya membaca kisah arwah along... Saya teringat, saya menangis, saya sayu...


Arwah along adalah abang yang paling baik pernah saya ada dalam dunia ini... InsyaALLAH saya akan mendoakan ketenangan dan semoga arwah along berada dalam lindunganNYA... InsyaALLAH...

Malam ini Ramadhan ke 17... bagaimana dgn malam 7 likur nanti. teringat masa dulu2... rumah kami pasti diterangi cahaya pelita, lampu warna warni di "porch". itu semua idea kreatif arwah along... Kini, sejak 2 tahun lalu, rumah kami tidak lagi macam tu...

cuma, sejak ada si kecil bdua yg mjadi phibur rumah kami, adala sekali sekala kami pasangkan pelita agar mereka dapat bermain bunga api...


Begitula kasih adik beradik... Walaupun arwah sudah tinggalkan kami sekeluarga, saya seharusnya tabah dan bukan jd adik bongsu perempuan yang selalu cengeng... bak kata kakak saya, saya ni kaunselor yg selalu menangis... hehe... ada2 je...

Bukan bermaksud yang pergi harus dilupakan, tetapi arwah along masih segar di ingatan saya... InsyaALLAH... Semoga rohmu ditempatkan dalam kalangan orang beriman... InsyaALLAH...


* teringat panggilan "Cik Liya" yg digunakan arwah along, masih terngiang2 di minda dan ingatan sy...*

Assalamualaikum

Assalamualaikum... Sekadar Bercerita...

2 3 hari ni saya tak berapa sihat... Batuk, demam, dan memang tak sihatlah... rasa nak pitam pun ada... Tp, gagahkan jugak... Risau kena bentang semalam... suara tak ada... serak2 basah jd...

Al kisah pada petang semalam...
Adalah seseorang telah bcerita kepada saya mengenai kawannya yang telah khilangan kad pengenalan... Ketika itu, kemusykilan datang dalam diri saya... kenapa Kad pgenalan yg hilang bukan Kad matrik, kad bank, kad raya, kad kawin ker..... JEng Jeng JEnG...

Baru2 ni saya pun pernah khilangan kad pengenalan... jadi saya risau perkara ini berlaku sekali lg... utk mengganti kad pengenalan yg hilang, memakan kos yg tinggi... Seharusnya sy tidak perlu risau kerana saya telah menyimpan kad pengenalan saya di dalam almari... tp, saya tetap cek almari saya...

Namun begitu, belum sempat saya menggeledah, datang hamba ALLAH ni... Konon2nya nak pinjam gelang saya... katanya nak pinjam utk buat apa ntah... di fikiran sy mana dia tahu saya ada gelang... saya jarang tunjuk melainkan ada "lepak2 dalam bilik". Tapi, ketika itu saya bfikiran positif... Niat saya ketika itu, memang nak bg dia ni pinjam gelang saya... Jadi saya pun mencari2la gelang2 saya... tak jumpa... Sy mgatakan secara ikhlas, nnt malam sy cari n bagi ...

Dalam mcari2 tu, saya tgok kad pengenalan saya tak ada... melilau2 saya cari... geledah almari, tak ada... saya pelik bila tak ada sedangkan sejak dari saya dapat kad pengenlan baru ni, saya tak pernah bawak kad ni bsiar2 mengikut tuannya... saya mencari2... ketika itu, datangla lagi pelakon tambahan yg lain...

Ketika itu hampir2 nak bbuka puasa... saya mgelabahla sbb kalo kad sy hilang sy kena buat yg baru lg... mahal buat kad pengenalan ni...

Tp, roomate saya baik hati... dia mgatakan bahawa pelakon tambahan n Hamba ALLAH tu yg ambil... Em, Alhamdulilah sy bsyukur... rupanya kad tu telah di ambil dari dalam almari sy...

Ok2... Bertenang2... Saya pun blakon balik... Buat2la tepon mak saya dgn mgatakan kad pgenalan saya hilang... sy n roomate buat2 mcari di dalam almari... kami keluarkan barang2... kononnya mencarila...

Lepas tu bbuka... Disebabkan cerita lawak antarabangsa yg tak mjadi ni, sy tak sempat buat air teh bunga yg mak sy bekalkan... sedih tak??? takpe2...
sy minum air masak je arini... sy makan nasi lemak... buat2 gelabah... padahal dalam hati nak ketawa... hehehe... muka mereka yg buat tak tahu tu... buat saya nak kenakan mereka... saya pun buat2 tuduh mereka... mereka tak mgaku... tak apala... teruskan permainan...

hamba ALLAH ni ketawa dekat sy... dia kata dalam risau2 bleh lg makan2 kuih... dalam hati saya, sapa yg risau ... hehe... kuih saya beli guna duit saya, jd saya makanla... lainla kalo sy risau saya makan kuih org lain... hehe... tgah2 makan tu sy buat2 diam je... lepastu sy kata macamana bleh hilang sedangkan dalam almari saya... sapa yg amik... takkan ada pncuri masuk bilik saya... tp, mereka tak pandai blakon... mereka kata meybla ada org Indon amik dari dalam bilik saya... Oh... TIDAK,.. itu mmg pelik... saya kata takpela... sapa amik tu moga2 dapat balasan setimpal...

Lepastu saya meneruskan lakonan saya... buat2 telefon mak saya... Suruh mak saya buat solat hajat... sapa yg amik kad saya ni akan mendapat balasan yg setimpalnya...

Lepastu, saya pun siap2 nak Solat Maghrib... sy pelik bila kad n gelang sy ada atas keyboard laptop... hehe... pelik bin ajaibkan???

Kesimpulannya, saya boleh menerima gurauan tp dalam membuat gurauan kena fikir beberapa faktor...
1. Masa... (Waktu yg dbuat tak sesuai sbb nak bbuka puasa), kesian sy, tak sempat nak buat air...
2. Tgok keadaan klien iaitu saya... Semalam saya tak berapa sihat... tekak sakit... tak ada suara...
3. Cuba bayangkan kalo saya betul2 telefon emak sy... lepastu saya telefon n kata kat emak sy, " mak, mereka cuma bgurau dgn saya... sbenarnya mereka sorokkan kad sy". Cuba pbaca bayangkan apa perspektif emak sy pada remaja masa kini... Opsss silap bkan remaja, tp awal dewasa...
4. Saya betul2 kecewa bila mereka ingin buat saya menangis??? Beginikah dalam persahabatan??? Ingin melihat rakan sendiri menangis...
5. Cuba bayangkan kalo saya betul2 buat dkt mereka, mahu mereka tak btegur sapa dgn saya...
6. Bergurau boleh, tp ada batasannya...
7. Yang lawak anak lelaki ajaibnya, saya tak marah, tp mereka yang mengenakan saya pulak marah... hehe... Pelik tak???


Kesimpulannya, bukan tak bleh bgurau... tp, nak bgurau tgok2la faktor yg saya nyatakan di atas...
Jd, Renung2kan dan Selamat Beramal... kesilapan adalah silap manusia, iaitu diri sendiri... hanya ALLAH SWT tahu niat kita... Jd, renung2kan dan Selamat Beramal...

Friday, September 4, 2009

Assalamualaikum... Muhasabah Cinta...


Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dari Mu
Kupasrahkan semua pada Mu

Tuhan baru ku sadar

Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cinta Mu

Kata kata cinta terucap indah
Mengalir berzikir di kidung do’a ku
Sakit yang ku rasa biar
Jadi penawar dosaku

Butir butir cinta air mataku
Terlihat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Ilahi Muhasabat cintaku

Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku dengan Mu

Wednesday, September 2, 2009

Rahsia Jari Kita


Assalamualaikum... Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda.Kemudian, genggam ia kuat-kuat dan angkatkan ke atas. Laungkan ... "Allahu Akbar" sekuat-kuatnya. Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung.

Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka.Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan.Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar.

Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah "Melentur buluh biarlah daripada rebungnya". Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.

Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya.Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira.. Pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!!
Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran.Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf.Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil. Bersediakah anda??

Nah... naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya.Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Jesteru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.

Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.

Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa "cap jempol" atau cap jari.Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman.Mereka makan 'garam' terlebih dahulu dari kita. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes" sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas dan hayun ke hadapan.Itulah rahsia kejayaan anda.

Akhirul kalam, cuba lihat sekali lagi jari anda yang kelima. Renung dan fikir dalam-dalam. Dimanakah kita sekarang..?

Fadhilat Al Quran...

Di dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Pada hari Kiamat nanti, di hadapan Allah swt tidak akan ada syafaat yang mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada Al-Quran, bukan Nabi, bukan malaikat dan sebagainya".

Melalui hadis di atas kita dapat mengetahui bahawa Al-Quran adalah pemberi syafaat yang mana syafaatnya akan diterima Allah. Terdapat satu riwayat menyatakan bahawa "Apabila seseorang itu meninggal dunia dan keluarganya sibuk melakukan upacara pengkebumian, seorang yang kacak akan berdiri di bahagian kepalanya.

Apabila mayat itu dikafankan, orang itu akan datang mendiami antara dadanya dan kain kafan itu. Bila selesai dikebumikan, orang ramai akan pulang ke rumah dan datanglah dua malaikat; Munkar dan Nakir cuba untuk memisahkan orang yang kacak itu supaya mereka dapat membuat pertanyaan mengenai iman orang yang meninggal dunia itu tanpa sebarang gangguan.

Tetapi orang yang kacak itu akan berkata : "Dia adalah kawanku. Aku tidak akan meninggalkannya berseorangan walau dalam keadaan apa sekalipun. Jalankanlah tugas kamu tetapi aku tidak akan meninggalkannya sehingga aku membawanya masuk ke syurga!" Selepas itu dia berpaling ke arah mayat sahabatnya dan berkata: "Akulah Al-Quran yang mana engkau telah membacanya kadang kala dengan suara perlahan dan kadang kala dengan suara yang kuat" . "

Janganlah engkau bimbang. Selepas pertanyaan Munkar dan Nakir ini, engkau tidak akan berasa dukacita lagi" Bila pertanyaan selesai, orang yang kacak itu akan mengadakan untuknya satu hamparan sutera yang penuh dengan kasturi dari malaikat - malaikat dari syurga".

Alangkah indahnya dan bahagianya sekiranya orang itu adalah kita. Kita tahu tentang tingginya syafaat Al-Quran tetapi dengan mengetahuinya sahaja tanpa berusaha untuk mendekati dan merebut syafaat itu kita adalah orang-orang yang rugi.

Cuba kita renungkan sejenak diri kita sendiri. Ajal dan maut adalah ketentuan Allah. Bila ia telah datang kita tidak akan mampu memperlambatkan atau mempercepatkannya walaupun untuk tempoh sesaat. Dan apabila berada di alam kubur siapakah lagi yang akan menemani kita jauh sekali memberi bantuan kecuali amalan - amalan kita sewaktu di dunia.

Allah telah menjanjikan Al-Quran sebagai pemberi syafaat terulung dan janji Allah itu adalah benar. Dekatilah Al-Quran dan jadikalah ia teman di dunia dan pemberi syafaat di Akhirat.

Semoga Allah swt memberikan kita restu dan hidayahnya.....AMIN...

Tuesday, September 1, 2009

Assalamualaikum, Jasa Bonda... Jasa Ayahanda...



Assalamualaikum... sebelum menulis blog ni saya ada berchatting dengan kakak sulung saya... secara zahirnya, hubungan kami rapat bila bjauhan... boleh bkongsi cerita, perasaan, dan pengalaman... tp, bila dekat ada je benda tak kena... hehe... saya tak menyalahkan mana2 pihak... hidup ni tak seronok jugak kalo mendatar... cabarankan lebih seronok... sory my sis... saya gurau2 je... meyb sbb saya agak nakal sikit kot...

Bercerita2 dengan kakak yg sy pggil Anne... teringat dengan keadaan di rumah... emak ayah... buat saya rasa macam nak balik ke kuantan sekarang... rindu nak berbuka di rumah... ha, yang paling saya teruja, tak sabar nak bantu emak di dapur... ini membuatkan saya jadi syahdu dan rindu pada emak saya... em, saya teringat masa dulu2... masa zaman persekolahan saya... emak saya seorang surirumah sepenuh masa... kalau masa sekolah rendah, saya ni agak kurus skit... tak macam sekarang... sebabnya, kalau mak tak suap nasi kat saya sebelum pegi sekolah, saya tak ada selera nak makan... jadi sebelum saya ke sekolah, mak pasti akan suapkan nasi dekat saya... perkara ini berlanjutan sampai darjah 3... yang seronoknya, nasi tu akan di kongsi bersama adik saya... kami akan berebut untuk di suap lebih... itulah kasih sayang namanya...
kalau saya ada kelas tambahan waktu petang, saya mesti akan suruh mak saya kirimkan nasi melalui adik saya yang sekolah sama dengan saya di sesi petang... saya masih ingat ada satu kali tu, mak membekalkan nasi ayam... em, sedapnya... saya makan bersama kawan2 di pondok mnunggu bas di Sekolah Kebangsaan Teruntum... berebut2 kami makan sampai licin... hehe... kenangan ini tak akan saya lupakan... InsyaALLAH... sampaila ke sekolah menengah... ha, satu kelebihan emak saya yang tak pernah berubah... pandai memasak, dan sangat rajin... kami sekeluarga dari dulu jarang makan di kedai... Sebabnya??? Emak saya lebih pakar dari orang kedai... sebab tu, emak saya ramai anak angkat yang bila datang akan masuk dapur kami untuk tahu mak masak apa... saya selalu tanya emak saya... Macamana mak pandai masak??? em, mak jawab mak tak belajar... jadi saya berharap saya dapat mewarisi kepakaran emak saya... kalau dulu, air tangan emak membesarkan anak2 seramai 10 orang, kini ahli keluarga kami bertambah, dan InsyaALLAH akan bertambah lagi... termasuklah kakak ipar n abg ipar saya... semua dah tahu cara masakan mak saya... dan kami bila makan, akan makan bersungguh2... Terhasillah saya yang semakin berisi ni... hehe... Sampaikan masa berada di Upsi pun, saya jarang minum milo... sbb saya rasa apa yg mak saya buat, semua sedap... dan kalo ke kafe, hanya 1 kedai je saya bleh terima cara masakannya... Sbb lebih kurang masakan yg biasa saya makan... tp, mak saya tetap pakar... Em, mak saya juga pandai menjahit... masa saya sekolah rendah, mak saya selalu menjahit baju kurung untuk saya, baju tidur, dan selimut... saya rindukan selimut saya tu... bertahun2 saya pakai, tapi sekarang sy simpan dalam almari...

em, sebenarnya... walau segarang mana emak kita, emak kita tahu apa yang terbaik buat anak2nya... Sebagai anak, kita kenalah hargai jasa emak kita... Saya sayang emak saya... Ya ALLAH, saya bersyukur kerana saya dikurniakan emak yang baik hati... Ingat, bersyukurla kerana ada lagi insan yang kurang bernasib baik...

Ok, ayah saya pula... ayah saya nampak muda dari usia sebenar... RAHSIANYA??? Ayah saya menjaga permakanan dan sentiasa bersenam... Ha, ayah saya seorang yang cukup berperaturan... Semua yang dilakukan adalah rutin yang biasa dilakukan setiap hari... Dari Bangun solat Subuh, sampailah selepas Isyak... Tapi, ayah saya tak pernah memaksa saya untuk melakukan sesuatu... Bayangkan, saya memohon UPSI dan kursus atas pilihan dan diri saya... mungkin kakak dan abang2 saya berbincang dulu dengan ayah saya, tapi saya tidak... Ayah saya tak pernah memaksa... Sesuatu yang menyebabkan saya sayangkan ayah saya ialah pengorbanannya... semasa saya di tingkatan 6, saya dikatakan agak manja apabila pergi dan balik dari sekolah mesti dijemput dan di ambil oleh ayah saya... Sebenarnya, jika di ikutkan sekolah saya tu takla jauh dari rumah. Mak saya selalu kata arwah along saya pergi sekolah jalan kaki je masa dulu2... tapi, saya manja2 nak ke sekolah naik kereta... Saya bersyukur kepada ALLAH SWT kerana pengorbanan ayah saya terbalas apabila saya memasuki UPSI sekarang... Sebab tu dalam tekad saya, saya ingin membahagiakan dan membanggakan emak ayah saya...

Jadi, apa yang ingin saya kongsikan, janganla kita kecil hati dengan apa yang mak ayah kita pernah tegur diri kita suatu ketika dulu... Kerana mereka bukan tegur tanpa makna tapi ada sesuatu yang harus kita pelajari dari asuhan mak ayah kita iaitu pengajaran yang mungkin bguna utk diri saya pada masa hadapan. InsyaALLAH...

Saya sayang mak ayah n ahli keluarga saya...

Assalamualaikum... Nasib kita tidak sama, percayalah saya ingin melihat "dia" gembira...

Assalamualaikum, em, rasa syahdu di pagi2... kedengaran lagu-lagu raya sudah mula diputarkan di laptop masing2, termasuklah saya... Persoalan bermain di minda saya ketika ni... Setiap Orang nasib berbeza... ada yang mengalami nasib yang baik sehingga nampak begitu sempurna perjalanan hidupnya... namun, jangan dilupa pada insan yang kurang bernasib baik... Saya pula bagaimana??? Alhamdulilah perjalanan hidup saya masih di dalam keadaan stabil... tetapi, bukankah kita sebagai manusia akan diberi ujian oleh ALLAH SWT... Cuma, bagaimana kita menghadapi permasalahan ini... Jika saya berasa sedih,tertekan saya pasti akan menangis, tetapi saya juga akan berdoa moga ditenangkan hati... bagi diri saya juga, jalanilah hidup ini dengan cara positif dimana kita tidak boleh biarkan diri kita dipengaruhi perkara-perkara negatif... Ingatlah diri kita berharga, maka jangan ganggu fikiran kita dengan perkara yang menyedihkan...

Saya meluahkan perasaan ini demi sebuah persahabatan yang terjalin sejak saya berada di semester 2... Buat ""dia" sahabatku merangkap roomate n housemateku, jangan rasa sedih... Ingatlah, akan ada hikmah di sebaliknya... Berdoa dan terus berdoa... mana tahu akan ada keajaiban muncul suatu hari nanti... kunci permasalahan ini, sabar, berdoa, jangan mudah putus asa ye... buat "dia", saya berterima kasih kerana banyak membantu saya... "dia" anugerah yang tak ternilai yang sentiasa membuatkan orang di sekeliling ketawa... termasuklah saya... hehehe...
jadi, saya harap persahabatan kita berkekalan selamanya. InsyaALLAH...

Oklah, nak siapkan makanan sahur... Em, apa2pun renung2kan dan selamat beramal... Assalamualaikum wbt...