Sunday, October 18, 2009

Petua Khusyuk Solat

Sebenarnya khusyuk dalam Solat adalah sangat-sangat dituntut seperti Firman Allah s.w.t:-
yang bermaksud “Telah berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk dalam sembahyangnya”[Surah Al-Mukminun : ayat 1-2]. Firman-Nya lagi:-
“Peliharalah segala sembahyangmu dan peliharalah sembahyang utama (Asar, Subuh) dan berdirilah untuk Allah (melalui solatmu) dengan khusyuk” [Surah Al-Baqarah : ayat 238] dan ketahuilah, solat adalah ibadah utama yang akan dihisab terlebih dahulu di akhirat oleh Allah SWT, berbanding dengan amalan-amalan yang lain. Sekiranya solat seseorang itu dalam keadaan sempurna, maka barulah dihitung pula amalan yang lain. Firman Allah lagi:-
yang bermaksud : “Maka kecelakaanlah bagi orang-orang solat, (iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya.” [Surah Al-Ma'un : ayat 4-5]
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud “Berapa banyak orang yang mendirikan solat, tetapi yang di perolehi hanya penat dan letih, kerana mereka itu lalai dalam sembahyangnya. ” Nabi s.a.w bersabda lagi yang bermaksud : “Tidak ada habuan bagi seseorang hamba dalam sembahyangnya kecuali sekadar mana yang ia ingat.”
Hadis lain dari Rasulullah s.a.w. “Aku selalu mengingati mati dalam sembahyang”. serta “Apabila kamu sembahyang anggaplah sembahyang ini sembahyang perpisahan”. Yang dikatakan khusyuk itu ialah hati sentiasa hidup, untuk mengekalkan sembahyang yang khusyuk, amalan berikut perlulah diamalkan dan diperhatikan oleh setiap orang yang mengerjakan sembahyang:
1. Menjaga makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain supaya datang dari punca yang halal tanpa syubhah.
2. Agar pemikiran tidak liar, sebelum solat lintaskan kematian seakan-akan amat hampir dengan kita serta solat tersebut merupakan sholat terakhir dan perlulah dijadikan yang terbaik.
3. Mendirikan sembahyang di awal waktu atau pertengahan waktu supaya tidak gopoh apakala masa hampir luput.
4. Membaca dengan baik (Khusnul Qori’ah), berusaha untuk memahami, mengerti bacaan dalam solat termasuk ayat Al-Quran yang dibacakan itu terutama sekali Al Fatihah, gerakan dan maknanya (Tafakhum). Ini kerana bacaan-bacaan dalam solat mengandungi banyak makna yang halus yang patut dimengertikan oleh orang yang melaksanakannya.
5. Rukun-rukun solat dilakukan secara tertib. Berusaha konsentrasi (Khudunul Kolbih), menyedari bahawa Allah memperhatikan sembahyang itu.
6. Rasa Malu (Haya’) perasaan malu terhadap Allah s.w.t., rasa takut (Khauf) kepada kekuasaan Allah..
7. Berharap serta yakin (Optimis) Allah menerima solat dan amal kita.
8. Hati diajak hadir/ikut, kehadiran hati dalam solat iaitu mengosongkan hati dari segala urusan yang boleh mengganggu dan yang tidak berkaitan dengan solat.
9. Membesarkan Allah dalam solat, merasakan kehebatan Allah dalam solat.
10. Menggunakan sejadah yang tidak terlalu banyak gambar yang akan menghayalkan pemikiran.
11. Mendirikan sembahyang secara berjemaah.
12. Mengambil wuduk dengan sempurna.
13. Mengurangkan pergerakan anggota-anggota seperti tangan, kaki dan juga Mata ditumpukan kepada tempat sujud dan ketika tasahut melihat anak jari.
14. Azan dan iqamat terlebih dahulu walaupun mendirikan sembahyang bersendirian ataupun sekurang-kurangnya iqamat sahaja.
15. Ditegah bersembahyang dengan pakaian yang ada gambar, berwarna warni, bertulis, lukisan dan lain-lain kerana ia juga membuat orang lain hilang kekhusyukan ketika berjemaah. Haram hukumnya

Tuesday, October 13, 2009

Assalamualaikum... Kebahagiaan kita bersama...


Kebahagiaan kita bersama??? apa tu??? bahagia menurut kamus dewan..... sebenarnya, saya bukanlah nak buat penulisan ilmiah dekat blog saya ni... cuma nak berkongsi sedikit kebahagiaan saya... Benar kata segelintir individu... Untuk mencapai kebahagiaan, bukan sahaja di dunia, malah di akhirat, kita perlukan sesuatu yang dipanggil "KEBERKATAN". Dalam kehidupan ni, sudah tentu kita tidak terlepas dari membuat kesilapan, begitu juga saya. Jadi, bersama-samalah kita berubah ke arah lebih positif. Apa yang saya lihat dan perkara ini berlaku di dalam diri saya sendiri, untuk mendapat kebahagiaan, berkat dari emak dan ayah sangat penting... waaa... sedihnya duduk kat Perak, jauh dari family... Saya ingat lagi, masa dalam lab sebelum raya aritu... saya jadi klien pada seorang kawan saya... Sebenarnya, masa tu saya rindu pada mak saya... rasa macam rindu tu menggigit2 tangkai hati saya ni... Rasa ingin terbang saja balik naik kapal terbang ke kuantan... hehe... apa da... naik bas lagi cepat sampai n jimat. Saya menangis dalam lab sebab saya RINDUKAN mak saya... sangat rindu... dan ketika menulis blog ni, saya amat rindukan mak saya... jadi, kebahagiaan saya, adalah dengan keberkatan mak ayah saya... begitu juga dengan kawan2 saya kan???

Thursday, October 1, 2009

Assalamualaikum, jom makan sempena Raya...


RESEPI BELAJAR

Bahan-bahannya:

1. Buku secukupnya(ikut selera masing-masing)
2. 2 mangkuk kerajinan
4. 4 hiris keinsafan
5. 5 keping kasih sayang
6. Beberapa potong kasih
7. Segenggam harapan
8. 1/3 cawan air mata keinsafan
9. Semangkuk azam
10.Sekuntum A untuk hiasan

Cara membuatnya:

1. Ambil beberapa buah buku(ikut selera) dan gaulkan dengan azam.
2. Biarkan seketika sehingga kedua-duanya sebati.
3. Ketekunan diperah untuk dijadikan 1 liter pati kesungguhan dan 2 liter pati usaha.
4. Keyakinan,kasih sayang,nasihat,doa dan harapan digaulkan bersama.

5. Kemudian titiskan air mata keinsafan.
6. Kasih sayang dan harapan digoreng bersama kasih sebagai penambah perisa.
7. Tambahkan sedikit kerajinan.
8. Akhir sekali,masukkan kesungguhan serta beberapa hiris nasihat dan doa.
9. Taburkan dengan keimanan serta tawakal kepada Allah.

Cara menjamahnya:
1. Apabila sudah masak(berjaya)rasakanlah kelazatannya(hasil),jika kurang sedap,tambahkan lagi ketekunan dan kerajinan secukupnya.
2. Hidangkan dengan sebuah kesyukuran untuk mencantikkannya lagi.
3. Hiasilah dengan seyuman.
4.Jangan masukkan dendam,hasad dengki serta malas.Bahan-bahan ini hanya akan merosakkan hidangan ini.

Selamat menjamu selera...