Sunday, October 18, 2009

Petua Khusyuk Solat

Sebenarnya khusyuk dalam Solat adalah sangat-sangat dituntut seperti Firman Allah s.w.t:-
yang bermaksud “Telah berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk dalam sembahyangnya”[Surah Al-Mukminun : ayat 1-2]. Firman-Nya lagi:-
“Peliharalah segala sembahyangmu dan peliharalah sembahyang utama (Asar, Subuh) dan berdirilah untuk Allah (melalui solatmu) dengan khusyuk” [Surah Al-Baqarah : ayat 238] dan ketahuilah, solat adalah ibadah utama yang akan dihisab terlebih dahulu di akhirat oleh Allah SWT, berbanding dengan amalan-amalan yang lain. Sekiranya solat seseorang itu dalam keadaan sempurna, maka barulah dihitung pula amalan yang lain. Firman Allah lagi:-
yang bermaksud : “Maka kecelakaanlah bagi orang-orang solat, (iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya.” [Surah Al-Ma'un : ayat 4-5]
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud “Berapa banyak orang yang mendirikan solat, tetapi yang di perolehi hanya penat dan letih, kerana mereka itu lalai dalam sembahyangnya. ” Nabi s.a.w bersabda lagi yang bermaksud : “Tidak ada habuan bagi seseorang hamba dalam sembahyangnya kecuali sekadar mana yang ia ingat.”
Hadis lain dari Rasulullah s.a.w. “Aku selalu mengingati mati dalam sembahyang”. serta “Apabila kamu sembahyang anggaplah sembahyang ini sembahyang perpisahan”. Yang dikatakan khusyuk itu ialah hati sentiasa hidup, untuk mengekalkan sembahyang yang khusyuk, amalan berikut perlulah diamalkan dan diperhatikan oleh setiap orang yang mengerjakan sembahyang:
1. Menjaga makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain supaya datang dari punca yang halal tanpa syubhah.
2. Agar pemikiran tidak liar, sebelum solat lintaskan kematian seakan-akan amat hampir dengan kita serta solat tersebut merupakan sholat terakhir dan perlulah dijadikan yang terbaik.
3. Mendirikan sembahyang di awal waktu atau pertengahan waktu supaya tidak gopoh apakala masa hampir luput.
4. Membaca dengan baik (Khusnul Qori’ah), berusaha untuk memahami, mengerti bacaan dalam solat termasuk ayat Al-Quran yang dibacakan itu terutama sekali Al Fatihah, gerakan dan maknanya (Tafakhum). Ini kerana bacaan-bacaan dalam solat mengandungi banyak makna yang halus yang patut dimengertikan oleh orang yang melaksanakannya.
5. Rukun-rukun solat dilakukan secara tertib. Berusaha konsentrasi (Khudunul Kolbih), menyedari bahawa Allah memperhatikan sembahyang itu.
6. Rasa Malu (Haya’) perasaan malu terhadap Allah s.w.t., rasa takut (Khauf) kepada kekuasaan Allah..
7. Berharap serta yakin (Optimis) Allah menerima solat dan amal kita.
8. Hati diajak hadir/ikut, kehadiran hati dalam solat iaitu mengosongkan hati dari segala urusan yang boleh mengganggu dan yang tidak berkaitan dengan solat.
9. Membesarkan Allah dalam solat, merasakan kehebatan Allah dalam solat.
10. Menggunakan sejadah yang tidak terlalu banyak gambar yang akan menghayalkan pemikiran.
11. Mendirikan sembahyang secara berjemaah.
12. Mengambil wuduk dengan sempurna.
13. Mengurangkan pergerakan anggota-anggota seperti tangan, kaki dan juga Mata ditumpukan kepada tempat sujud dan ketika tasahut melihat anak jari.
14. Azan dan iqamat terlebih dahulu walaupun mendirikan sembahyang bersendirian ataupun sekurang-kurangnya iqamat sahaja.
15. Ditegah bersembahyang dengan pakaian yang ada gambar, berwarna warni, bertulis, lukisan dan lain-lain kerana ia juga membuat orang lain hilang kekhusyukan ketika berjemaah. Haram hukumnya

Tuesday, October 13, 2009

Assalamualaikum... Kebahagiaan kita bersama...


Kebahagiaan kita bersama??? apa tu??? bahagia menurut kamus dewan..... sebenarnya, saya bukanlah nak buat penulisan ilmiah dekat blog saya ni... cuma nak berkongsi sedikit kebahagiaan saya... Benar kata segelintir individu... Untuk mencapai kebahagiaan, bukan sahaja di dunia, malah di akhirat, kita perlukan sesuatu yang dipanggil "KEBERKATAN". Dalam kehidupan ni, sudah tentu kita tidak terlepas dari membuat kesilapan, begitu juga saya. Jadi, bersama-samalah kita berubah ke arah lebih positif. Apa yang saya lihat dan perkara ini berlaku di dalam diri saya sendiri, untuk mendapat kebahagiaan, berkat dari emak dan ayah sangat penting... waaa... sedihnya duduk kat Perak, jauh dari family... Saya ingat lagi, masa dalam lab sebelum raya aritu... saya jadi klien pada seorang kawan saya... Sebenarnya, masa tu saya rindu pada mak saya... rasa macam rindu tu menggigit2 tangkai hati saya ni... Rasa ingin terbang saja balik naik kapal terbang ke kuantan... hehe... apa da... naik bas lagi cepat sampai n jimat. Saya menangis dalam lab sebab saya RINDUKAN mak saya... sangat rindu... dan ketika menulis blog ni, saya amat rindukan mak saya... jadi, kebahagiaan saya, adalah dengan keberkatan mak ayah saya... begitu juga dengan kawan2 saya kan???

Thursday, October 1, 2009

Assalamualaikum, jom makan sempena Raya...


RESEPI BELAJAR

Bahan-bahannya:

1. Buku secukupnya(ikut selera masing-masing)
2. 2 mangkuk kerajinan
4. 4 hiris keinsafan
5. 5 keping kasih sayang
6. Beberapa potong kasih
7. Segenggam harapan
8. 1/3 cawan air mata keinsafan
9. Semangkuk azam
10.Sekuntum A untuk hiasan

Cara membuatnya:

1. Ambil beberapa buah buku(ikut selera) dan gaulkan dengan azam.
2. Biarkan seketika sehingga kedua-duanya sebati.
3. Ketekunan diperah untuk dijadikan 1 liter pati kesungguhan dan 2 liter pati usaha.
4. Keyakinan,kasih sayang,nasihat,doa dan harapan digaulkan bersama.

5. Kemudian titiskan air mata keinsafan.
6. Kasih sayang dan harapan digoreng bersama kasih sebagai penambah perisa.
7. Tambahkan sedikit kerajinan.
8. Akhir sekali,masukkan kesungguhan serta beberapa hiris nasihat dan doa.
9. Taburkan dengan keimanan serta tawakal kepada Allah.

Cara menjamahnya:
1. Apabila sudah masak(berjaya)rasakanlah kelazatannya(hasil),jika kurang sedap,tambahkan lagi ketekunan dan kerajinan secukupnya.
2. Hidangkan dengan sebuah kesyukuran untuk mencantikkannya lagi.
3. Hiasilah dengan seyuman.
4.Jangan masukkan dendam,hasad dengki serta malas.Bahan-bahan ini hanya akan merosakkan hidangan ini.

Selamat menjamu selera...

Monday, September 28, 2009

Assalamualaikum... Bersyukur dengan nikmatNYA...

Assalamualaikum, selamat kembali ke UPSI... selepas seminggu cuti berhari raya, kini kembali semula ke UPSI dengan tugasan-tugasan yang mencabar... apa2pun, semoga berjaya untuk rakan-rakan seperjuangan... dan tak lupa... SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN...

Saturday, September 12, 2009

Assalamualaikum... makan, pasar malam, dan kad raya...


Harini saya berjalan-jalan di pasar malam... bukan berjalan-jalan je, tapi mhabiskan duit di tangan... apa yg di beli??? yong tau fu dan air jambu batu utk bbuka puasa... wah, saya sudah mula berdiet... tak lalu makan nasi.... boleh kurusla lepas ni... em, ingat nak beli kasut raya yg saya idamkan di pekan... masuk je kedai tu, dah takde... takkan dah abis... em, ralat jugalah, tapi, ada hikmahnya, dapat jimat duit... Alhamdulilah... em, dapat dilihat memang ramai betul budak upsi berada di pasar malam ni... dengan pasangan bcinta, ada dengan sahabat, ada dgn roomate... saya??? dengan housematela... kakak senior saya yg sorg ni... mudah utk dibawa ke mana2... kami berjalan2 di sekitar pekan... memang ramaila umat yg memenuhkan pekan tg malim arini... persiapan raya... meriahla... em, sampai di rumah, kakak senior saya terus masak macaroni goreng... baunya memang myelerakan... tapi, saya kenyang sgt... InsyaALLAH malam ni buka periukla kot... Oh, esok seawal jam lapan, saya kena pergi kampus utk pjumpaan Sekretariat Rukun Negara... em, sejak masuk ni, saya kenala bg komitmen utk Exco Kebajikan dan Kmasyarakatan... harap2 saya berjaya dengan aktiviti yg saya pilih ini... Oh, 5 hari lagi saya nak balik... tapi, ada asgment yg perlu dhantar Selasa ni... tp, masih belum dsentuh... mood raya n balik kampung bmain di minda saya... tiada apa nak dtulis sgt sbenarnya... tapi, nak tulis jugak... ha, esok malam saya akan tulis kad raya utk rakan, sahabat, n teman saya... :)

Wednesday, September 9, 2009




20 Ramadhan,... Hadith Harian Dari Jakim
Tajuk :
Sifat Lemah Lembut Mendatangkan Kebaikan
Hadith :

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Sesiapa yang dikurniakan sifat lemah lembut nescaya ia akan memperolehi kebaikan dalam semua hal.”



Riwayat Muslim

Huraian
1. Lemah-lembut adalah akhlak yang mulia yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T kepada hamba-nya. Oleh itu orang yang memiliki sifat lemah lembut adalah orang yang sangat beruntung.
2. Melatih diri untuk dapat memiliki sifat mulia ini dapat dimulakan dengan menahan diri apabila marah dan mempertimbangkan baik buruknya sesuatu perkara sebelum bertindak.
3. Orang yang lemah lembut melambangkan orang yang sentiasa sabar dan tenang (tidak tergesa-gesa). Namun sifat lemah lembut ini lebih baik diseiringkan dengan ketegasan agar seseorang itu tidak mudah dipermainkan atau diperbodohkan oleh orang lain.
4. Rasullullah s.a.w adalah contoh orang yang paling lemah-lembut dan paling baik dalam pergaulan. Sesiapa yang melihat baginda dari jauh akan berasa gentar tetapi sesiapa yang bercampur atau bergaul dengan baginda tentu akan menyayangi baginda disebabkan oleh sikap lemah lembut baginda itu.

Sunday, September 6, 2009

Assalamualaikum... Ada Hikmahnya... Ada Hikmahnya...


Em, sejak tahu buat blog, asyik rasa nak menulis je... sebenarnya ada hikmahnya, ada hikmahnya...

Hehe... sesuatu yang berlaku ada Hikmahnya... Baru2 ni adalah kawan saya kata "ada hikmahnya"... aduh, tertekan saya rasa... memang betul sesuatu yang berlaku ada hikmahnya... tapi, bagila semangat sikit... em...

Saya ada kisah rakyat nak di ceritakan kepada anda semua...

tersebut al kisah di Hujung kampung, di atas bukit, berhampiran belukar, melalui denai... tersergam sebuah Istana milik sang raja... Raja ini ada Memanda Menteri merangkap PA nya la... Kiranya Menterinya ni akan bagi nasihat aka penasihat kepada Raja ni... Menterinya seorang yang sentiasa bertawakal kepada ALLAH SWT...

1 hari tu, tapak kaki sang raja terluka dan berdarah. Ketika sang menteri menyaksikan itu, ia berkata,

Khair, khair (baik, baik). Tidak apa-apa, pasti ada hikmahnya.”

Raja tiba-tiba marah sekali dengan ucapan sang menteri. Dalam pandangan sang raja, menterinya itu seakan-akan tengah mengejeknya.

“Hikmah apa maksudmu? Lihat darahku mengalir begini, kebaikan apa yang kamu katakan tadi?” ujar sang raja berang.

Kesal dengan ucapan sang menteri, raja lalu menyuruh para pengawalnya untuk memenjarakan sang menteri. Namun betapa terkejutnya sang raja. Ketika menteri itu tahu kalau dia hendak dipenjara, dengan tenang ia berkata pada raja,

Khair, khair. Tidak apa-apa, insya Allah selalu ada hikmahnya.”

Sang menteri akhirnya di masukkan ke dalam penjara. Menteri itu hanya tersenyum simpul sambil melambaikan tangannya.

Ketika hari Jumat tiba, seperti biasa sang raja berburu ke hutan setelah melaksanakan Solat Jumat. Di dalam rimba nan lebat itu raja beristirahat sejenak sebelum melaksanakan perburuannya. Setelah beristirahat, ia dan rombongan nampak kebingungan ke arah mana mereka akan pulang. Tanpa ia ketahui sebelumnya, mereka bertemu sekumpulan suku pedalaman yang sedang menyembah patung.

Kebetulan mereka sedang mengadakan acara ritual persembahan kepada berhala mereka. Melihat orang yang tersesat dan tidak mereka kenal, orang-orang suku pedalaman itu bermaksud menjadikan raja sebagai korban persembahan dalam ritual mereka. Mereka pun bergegas menangkap raja untuk mereka jadikan kurban bagi berhala mereka.

Rombongan raja pun tertangkap. Raja telah dikurung . Dari luar kurungan mereka melihat kaki sang raja terluka. Disebabkan alasan itulah mereka membatalkan untuk menjadikan raja sebagai korban bagi patung yang mereka sembah. Menurut mereka, luka itu menandakan sang raja mempunyai penyakit sehingga tak layak untuk dipersembahkan sebagai korban bagi berhala mereka. Sang raja pun telah mereka bebaskan.

Sang raja teringat apa yang pernah dikatakan menterinya, “Khair, khair. Tidak apa-apa, insya ALLAH selalu ada hikmahnya!”

Raja itu pun pulang ke istana. Setibanya di istana ia menyuruh para pengawalnya membebaskan sang menteri. Setelah sang menteri berada di depan raja, ia pun menceritakan kejadian yang baru saja dialaminya di tengah hutan bersama suku pedalaman. Ia baru menyadari kalau ucapan sang menteri itu benar, bahawa dalam setiap musibah pasti ada hikmahnya.

Sesudah menceritakan apa yang dialaminya, ia kemudian bertanya kepada menterinya, “Lantas apa hikmah bagi anda masuk penjara?” ujar sang raja.

Sang menteri menjawab, “Saya adalah menteri yang selalu menyertai anda kemana saja anda pergi. Kalau saja saya tidak masuk penjara kemarin, pasti saya sedang berada di dalam hutan bersama anda. Ketika kita ditangkap, pasti mereka akan mempersembahkan saya sebagai korban dan pengganti Raja bagi berhala mereka, kerana saya tidak memiliki cacat atau luka sedikit pun di tubuh saya. Itulah hikmah kenapa masuk penjara lebih baik bagi saya.”

Sang raja berasa malu. Ia menyadari betapa keimanan dan keyakinan sang menteri telah membawa hatinya jauh menjelajahi samudera takdir ALLAH yang dibentangkan di muka bumi ini. Bahawa apa pun yang terjadi pada diri kita, kebaikan atau keburukan, pasti selalu saja ada hikmahnya.

Firman Allah SWT, “Bioleh jadi Anda membenci sesuatu yang justeru baik buat Anda” (2: 216).


Salam Ramadhan...