Sunday, September 6, 2009

Demam sy masih ada... Petang ni bdn sy masih panas... suara pun serak lg... harap2 lepas ni baikla... InsyaALLAH... dalam keadaan tak larat ni, saya tetap ingin bkongsi pengalaman...

First,saya nak ucapkan setinggi phargaan pada Kolej Aminuddin Baki(kolej saya ler ni) kerana telah mgisi slot2 pelajar2 pada bulan Ramadhan yg mulia ini... Slot yg bg saya memang menarik... banyak perkara baru yg dikongsi oleh penceramah.

Slot pertama telah dikendalikan oleh Prof. Madya Dr Arif... seorang yang berkarisma, dan yang menariknya, walaupun beliau bergelar profesor, tapi dia telah membahasakan dirinya "cikgu". saya masih bersyukur kerana dalam dunia kini, masih ada yang baik hati sebegini... Slotnya berkisarkan tentang Al-Quran dan Sains... Sebelum ini, beliau banyak memberi ceramah kepada semua pelajar tidak kira pelajar Melayu, Cina dan India... Rata2 selepas mendengar ceramah yg disampaikannya, memberi respon yg positif dimana selepas mereka mendengar penjelasan "cikgu" mereka mempercayai dengan kewujudan dan kebesaran kitab suci umat Islam iaitu AL-QURAN... rata2nya adalah pelajar Cina dan India... Betapa hebat dan agungnya AL-QURAN...


Menurut "cikgu" lagi, daripada 114 Surah yang terdapat di dalam AL-QURAN, terdapat 54 Surah di mana ayatnya bernilai ganjil dan 60 surah adalah genap... dan ada lg maklumat yg "cikgu" telah sampaikan... tp, tak sempat sy salin... "cikgu" cakap terlalu cepat...


Ok, ini pula sebagai pengetahuan kita... Ramai paderi, profesor Matematik, Sains yang bergelumang dengan sains dan seorg yg tidak percaya agama(atheis) memeluk Islam selepas membaca AL-QURAN dan tafsir... Mereka membaca atas kehendak dalam diri mereka... Bukan dipaksa oleh org lain... Ya ALLAH, betapa agungnya kitab suci ini...

Namun begitu, ada yang telah memalsukan kitab AL-QURAN ini dgn memberi nama "the true furqan". Banyak dipasarkan di Kuwait dengan harga US$ 29. juga dikenali dgn nama the new american Quran... Penulis kitab palsu ini telah menjadikan surah di dalam kitab itu menjadi 77 surah...

Bayangkan bezanya Surah yagn terdapat di dalam Al-Quran dgn Kitab Palsu ini... Berdoalah semoga kita diperteguhkan IMAN dan sentiasa berpegang kepada Kitab Suci ini... InsyaALLAH...


Slot kedua pula, oleh seorang Ustaz ni... sekali pandang rupanya seperti arwah Ustaz Asri kumpulan Rabbani... Ramai yg menyatakan sebegitu.tajuk slotnya "Hikmah Kejadian Siang dan Malam".

Ceramahnya lebih santai, lawak, dan membuatkan saya sentiasa tersenyum dengan penyampaian ceramahnya... saya teringat kata2nya... " Setiap manusia dilahirkan bersama Nafsu, Kita lahir, dia turut lahir... Dan sekarang kita sudah besar, maka nafsu itu makin besar"...
di akhir penyampaiannya, dia ada menceritakan kisah seorang abgnya yang dulu bersekolah setakat darjah enam... Guru2 di sekolah Ustaz ni dulu pernah panggil ustaz ni dan mgatakan jgnla jd macam abgnya itu... Walaupun abangnya baru meninggal dunia baru2 ini, akademik tak seberapa, tetapi budi pekerti abgnya itu sangat baik...

Di dalam hati saya, macam arwah Ustaz Asri Rabani plak... tekaan saya tidak salah, rupanya tepat sekali bahawa penceramah ini merupakan adik kepada arwah... Banyak pengorbanan arwah yang masih ada sehingga kini... bak kata ustaz ini, di pagi Syawal nnt, kita dapat dengarkan takbir dr arwah Ustaz Asri di astro... Isteri dan keluarga arwah membenarkan rakaman tersebut dipertontonkan... sedih pun ada...


Ok, masa ceramah ini berlansung, ada rakaman video yg buat saya menangis... di bawah ini, saya cuba sertakan video utk tatapan pembaca...

Secara ringkasnya, ceramah ini tak membuatkan saya mengantuk, sebaliknya saya bersyukur kerana memperoleh ilmu baru... :)...



Video ni buat saya menangis... Saya rindukan mak ayah saya...

No comments:

Post a Comment